Pelbagai Tawaran Pengiklanan dan Kandungan Menerusi Kerjasama Kohesif

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Januari 2014 - Media Prima Digital ("MPD"), kumpulan media digital nombor 1 di Malaysia yang juga merupakan sayap digital Media Prima Berhad ("Media Prima"), sebuah konglomerat media terulung di Malaysia mengorak langkah besar menerusi kerjasama baharu bersama MCIL Multimedia Sdn. Bhd., subsidiari Sin Chew Media Corporation Berhad (di bawah naungan Media Chinese International Limited Group) dalam usaha melebar dan menawarkan lebih kandungan dan perkhidmatan pengiklanan digital untuk kedua-dua kumpulan.



Kerjasama ini telah dimeterai menerusi sebuah acara menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) yang diadakan di pejabat Media Prima Digital, Kuala Lumpur pagi ini. Kerjasama strategik ini bakal menyaksikan capaian akses kandungan dan pengiklanan paling meluas di arena digital dalam negara hasil gabungan dua syarikat gergasi media digital.

Media Prima Digital bertanggungjawab terhadap inovasi portal video nombor satu Malaysia, Tonton (www.tonton.com.my), yang telah meraih pelbagai anugerah sebelum ini. Tonton, yang kini telah mencapai lebih daripada 3.5 juta pengguna berdaftar, menawarkan "catch-up" dalam talian dan perkhidmatan televisyen "secara langsung", serta kandungan premium berbayar. Di samping itu, Media Prima Digital juga mengendalikan portal web rangkaian televisyen, rangkaian akhbar digital dan rangkaian radio Media Prima, termasuk Gua (gua.com.my), sebuah portal hiburan dan gaya hidup utama negara.

Media Prima Digital kini meraih statistik dengan jangkauan secara terkumpul seperti berikut:

  • Sehingga 7.6 juta pelayar bulanan (Sumber: Omniture dan Google Analytics)
  • Sehingga 8 juta paparan halaman video bulanan (Sumber: Omniture Site Catalyst)
  • Sehingga 89 juta paparan halaman bulanan (Sumber: Omniture Site Catalyst dan Google Analytics)


Manakala MCIL Multimedia terlibat dalam operasi harian portal berita bahasa Cina terulung dalam negara antaranya sinchew.com.my, guangming.com.my, nanyang.com, chinapress.com.my, laman berita versi Inggeris di www.mysinchew.com termasuk portal lain seperti mediachinese.com, soccerfanz.com.my, lifetv.com.my, newtide.com.my, weddingmag.com.my, rodnline.com.my dan mypets.com.my. Dengan rekod 3.4 juta pelayar bulanan dan 30 juta paparan halaman bulanan (Sumber: Google Analytics) melangkaui kesemua portal, MCIL Multimedia berjaya meningkatkan tawaran kandungan oleh Media Chinese International Limited Group menerusi elemen multimedia antaranya penghasilan video, laporan berita dan galeri foto. Kesemua kandungan ini boleh didapati di kebanyakan platform utama termasuk aplikasi serta laman 'mobile'.

"Masa depan amat sukar diramal dan semakin mencabar. Namun kami begitu yakin menerusi kerjasama bersama Media Prima Digital, pastinya lebih banyak idea menarik dengan impak yang hebat dapat ditawarkan buat para pelanggan kami. Para pengiklan bakal menikmati penyelesaian pemasaran yang lebih efektif dan komprehensif manakala pembaca bakal ditawarkan capaian akses dan pengalaman bacaan yang lebih menarik kelak. Kekuatan digabungkan dengan kekuatan, gabungan ini bakal memacu kami lebih maju ke hadapan," ujar Keu Tien Siong, Ketua Pegawai Eksekutif, MCIL Multimedia Sdn Bhd dan Pengurus Besar (Kumpulan ICT), Sin Chew Media Corporation Sdn Bhd.

"Kedua-dua golongan pengguna dan pengiklan bakal menikmati faedah lebih menarik menerusi gabungan kekuatan bersama MCIL Multimedia ini. Kami begitu komited dalam menawarkan capaian yang lebih meluas buat para pengiklan dan sebaliknya menerusi kerjasama strategik bersama MCIL Multimedia. Tambah menarik, pengguna Tonton bakal menikmati lebih banyak kandungan berita video menerusi saluran Tonton News oleh Media Chinese International Limited Group, bermula Februari 2014. Buat masa ini, Tonton hanya menawarkan berita 'online' di bawah Media Prima Berhad (Buletin Utama, Buletin 130, Berita TV9, 8TV Mandarin News, Mandarin 7, 7 Edition dan mymetroTV) termasuk siaran langsung saluran RT (Russia Today). Kami mahu memberikan kandungan informasi terbaik buat para pengguna dan kerjasama bersama MCIL Multimedia dilihat sebagai satu langkah besar dalam merealisasikan impian ini," demikian menurut Dato' Zainul Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Digital.

Akan datang, Tonton turut boleh dilayari menerusi laman www.sinchew.com.my dan pengguna bakal mempunyai akses pilihan untuk program TV dan rancangan hiburan antaranya 'ntv7's Women's Zone', 'Foodie Blogger', '8TV's Ho Chak' dan 'Step Forward'.


Kerjasama strategik ini bakal menyaksikan capaian rekod keseluruhan 11 juta pelayar bulanan dan sehingga 120 juta paparan halaman sebulan melangkaui kesemua 28 portal. Gabungan MPD dan MCIL Multimedia dilihat bakal menawarkan capaian media digital paling meluas dalam sejarah negara ini.

- TAMAT -

Mengenai Media Prima Digital


Media Prima Digital adalah kumpulan media digital nombor satu di Malaysia, yang menawarkan kemahiran teras dalam strategi platform digital, penciptaan kandungan dan reka bentuk serta pembangunan teknikal. Kemahiran ini jelas diunjurkan dalam pembangunan dan pengurusan aset-aset digital Media Prima Berhad untuk Rangkaian TV dan Rangkaian Radio, seperti TV3, ntv7, 8TV, TV9, Fly FM, Hot FM dan One FM. Media Prima Digital juga menguruskan Tonton, portal video tempatan nombor 1 negara, selain portal akhbar-akhbar terkemuka negara iaitu New Straits Times, Harian Metro dan Berita Harian. Portal lain termasuk portal hiburan dan gaya hidup, Gua.com.my dan Seroja.com.my.  Media Prima Digital adalah kumpulan media digital Media Prima Berhad, syarikat media bersepadu terbesar di Malaysia.

Mengenai MCIL Multimedia Sdn Bhd


MCIL Multimedia Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 1hb Ogos 2009 menerusi penggabungan sinchew-I Sdn Bhd dan Nanyang Online Sdn Bhd.  Di bawah MCIL Multimedia Sdn Bhd, terdapat 4 portal berbahasa Cina utama, iaitu sinchew.com.my, nanyang.com, chinapress.com.my dan guangming.com.my selain laman berita berbahasa Inggeris di www.mysinchew.com. Portal lain termasuk mediachinese.com, soccerfanz.com.my, lifetv.com.my, newtide.com.my, myweddingmag.com.my, rodnline.com.my dan mypets.com.my.

Menerapkan elemen media mengikut peredaran zaman, MCIL Multimedia membangunkan beberapa strategi media dalam menambah-baik kandungan menerusi elemen multimedia, seperti penghasilan video, laporan berita dan galeri foto, yang boleh didapati di kebanyakan platform utama, termasuk laman 'mobile' dan aplikasi 'mobile' (iOS, Android dll.).

Untuk pertanyaan media, hubungi:

Pemasaran & Komunikasi: Media Prima Digital
Tel: +6-03-27248619

  • Liz Chong, lizchong@mediaprima.com.my
  • Mohd Fuad Mohd Noor, mohdfuad@mediaprima.com.my

Pemasaran: MCIL Multimedia Sdn Bhd

  • Gan Beng Teck | 019-2864139 | bengteck@sinchew.com.my
  • Lenny Chiah | 019-3863880 | lenny@sinchew.com.my
distributed by