SEPANG, 17 Januari 2019 - AirAsia akan menangguhkan pelan naik taraf sistem tempahan Navitaire New Skies berikutan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pelan naik taraf tersebut yang dijadualkan pada jam 2.00 petang pada hari Sabtu, 19 Januari 2019 (GMT +8) hingga jam 3.00 pegi pada hari Ahad, 20 Januari 2019, akan dijadualkan semula pada tarikh lain.

Semua sistem akan berfungsi seperti sediakala pada hujung minggu ini, dan para tetamu boleh menempah penerbangan, daftar masuk dan mengurus tempahan mereka seperti biasa.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (@AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia), atau hubungi @AirAsiaSupport atau support.airasia.com di laman Twitter untuk sebarang pertanyaan.

Attachments

  • Original document
  • Permalink

Disclaimer

AirAsia Group Berhad published this content on 17 January 2019 and is solely responsible for the information contained herein. Distributed by Public, unedited and unaltered, on 17 January 2019 10:13:07 UTC